Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 3 September 2010

UMCO, Tolong Selamatkan Surau Ini! Jangan Tahu Runtuhkan Saja!


Isu ini suram sahaja kerana melibatkan surau yang letaknya di  Kuala Lumpur. Kalau surau ini letaknya di Selangor atau di negeri PR yang lain, sudah tentu barua penggempur siber UMCO sudah menyalak-nyalak mempertahankan surau ini. Selanjutnya sila baca petikan berita di bawah ini.

Saya petik:
[UM] KUALA LUMPUR 2 Sept. – Surau An Nur di Jalan 4A, Taman Setiawangsa di sini sudah berusia lebih 20 tahun.

Pada 10 tahun pertama kewujudannya, semua urusan fardu ain dan fardu kifayah masyarakat Islam di kawasan itu dilakukan di surau itu dari solat lima waktu, solat Jumaat sehinggalah ke pengurusan jenazah.

Hanya selepas Masjid Muaz bin Jabal yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ siap dibina kira-kira 10 tahun lalu, barulah ‘beban’ surau An Nur berkurangan.

Kehadiran para jemaah yang terdiri daripada penghuni kawasan perumahan berhampiran, selain orang luar yang singgah sekali sekala berjaya mengimarahkan surau berkenaan sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, jemaah di situ mula bimbang apabila timbul ura-ura yang surau itu akan dirobohkan kerana tapak surau itu adalah milik Kementerian Pelajaran.

Tapak itu juga merupakan bekas tapak beberapa blok rumah panjang tetapi sudah dirobohkan sejak lebih setahun lalu dan surau itu dikatakan bakal menerima nasib yang sama.

Malah, telah ada notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta makluman daripada pegawai DBKL sendiri bahawa surau berkenaan akan dirobohkan bila-bila masa sahaja.

Namun, bagi ahli jawatankuasa surau tersebut, usaha merobohkan surau itu didakwa disebabkan hasil desakan pihak-pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan dari tanah itu.

Pihak terbabit mendakwa kewujudan Masjid Muaz bin Jabal tidak jauh dari surau itu sudah memadai bagi kegunaan penduduk Islam di kawasan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi surau berkenaan mendapati, rumah ibadat itu memang menjadi tumpuan ramai para jemaah untuk menunaikan solat.

Sepanjang pemerhatian, jemaah yang hadir bukan sahaja penduduk sekitar tetapi juga orang ramai yang mempunyai urusan di kawasan berhampiran.

Surau yang boleh memuatkan jemaah kira-kira 400 jemaah pada satu-satu masa itu walaupun kelihatan agak usang, tetapi dilengkapi ruang solat yang selesa, bilik air dan sebagainya.

Difahamkan, surau berkenaan juga menjadi landmark terutama kepada orang luar yang jarang berkunjung ke Taman Setiawangsa.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia dimaklumkan, beberapa alasan telah diberikan oleh pihak yang mahu surau berkenaan dirobohkan.

Antaranya ialah di kawasan itu akan diwujudkan pembangunan baru yang merangkumi pembinaan padang dan stadium mini untuk pelajar-pelajar sekolah berhampiran.

Selain itu, Masjid Muaz bin Jabal juga dikatakan mampu memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadat dan akan merapatkan hubungan sesama penduduk.

Ahli Jawatankuasa Surau An Nur, Abdul Salim Nawawi, 46, berkata, usaha mempertahankan surau berkenaan adalah bagi memudahkan penduduk sekitar terutama warga emas untuk beribadat.

Katanya, selain penduduk di taman berkenaan terutama di Jalan 2A, 3A, 4A dan 5A, surau berkenaan turut menjadi tumpuan beberapa penghuni perumahan bertingkat seperti Apartmen Tiara, Apartmen Andika, Apartmen Putri dan Apartmen Mahsuri.

Beliau berkata, penduduk tidak pernah menghalang sebarang pembangunan dilakukan di tapak berkenaan lebih-lebih lagi untuk kepentingan pelajar-pelajar sekolah yang merupakan generasi pelapis masa depan.

“Tetapi apa yang diharapkan ialah agar pihak yang bertanggungjawab dapat memberi mereka ruang kepada mereka untuk terus mempertahankan surau berkenaan.

“Kami tidak mungkin mampu menghalang mereka daripada merobohkan surau ini tetapi kami merayu agar dipertimbangkan permohonan kami agar surau ini dapat terus dikekalkan,” katanya.

Abdul Salim berkata, jika tidak dapat dikekalkan di tapak sedia ada, penduduk merayu mereka diberikan tanah yang paling hujung seluas 5,000 kaki persegi untuk didirikan surau yang baru.

Utusan Malaysia difahamkan, pelbagai cara telah dilakukan oleh mereka bagi menghalang surau berkenaan daripada dirobohkan.

Selain DBKL, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Zulhasnan Rafique, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Kementerian Pelajaran, mereka turut menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran agar mempertimbangkan permohonan mereka untuk terus mengekalkan surau berkenaan di situ.

Namun, sehingga kini, tiada sebarang reaksi diterima daripada semua pihak berkenaan, sekali gus menimbulkan persoalan, adakah rayuan mereka tidak sampai ke pengetahuan pihak berkenaan. - Roslah Othman

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH