Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 5 Ogos 2009

UGUTAN BUNUH: SANDIWARA ATAU REALITI?


Perbuatan mengugut untuk mencedera atau membunuh seseorang sudah tentulah suatu jenayah berat jika disabitkan kesalahan. Jenayah ini yang dahulunya begitu asing dalam dunia politik tanah air kini seolah-olah menjadi suatu trend untuk menakut-nakutkan seseorang terutamanya terhadap seseorang yang terlibat dalam politik atau yang bersangkut paut dalam sesuatu skandal. Saya tidak mahu menulis panjang kerana takut tersalah tulis atau memberikan persepsi yang salah tentang hal ini.

Saya cuma mahu menimbulkan persoalan tentang sejauh manakah benarnya ugutan bunuh ini berdasarkan bilangan kes itu kian meningkat baik bagi pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang ataupun bersangkut paut dengan pegawai agensi kerajaan? Kes-kes ugutan ini pula melibatkan skandal dan kontroversi yang menarik perhatian masyarakat. Memanglah ikut logiknya, kes-kes kontroversilah yang mendorong seseorang yang berkepentingan untuk mengugut pihak tertentu. Jika benar diugut, maka tindakan proaktif wajib diambil oleh pihak berkuasa untuk melindungi mangsa dan menangkap penjenayah terbabit.

Namun, dari satu segi, hal ini juga seolah-olah cuba menimbulkan simpati masyarakat dan pada masa yang sama cuba mengalih perhatian masyarakat terhadap isu sebenar yang sepatutnya didalami dan diperhalusi. Oleh itu, mungkinkah ada antara cerita ugutan ini sengaja diada-adakan atau direka cipta untuk tujuan mengalih pandangan, menagih simpati rakyat, atau untuk "menutup" sesuatu cerita?

Betul atau direka, sandiwara atau realiti, kita hanya mampu bermonolog sendirian dan cuba mencari jawapan yang hanya diketahui oleh segelintir manusia. Yang berikut ialah beberapa petikan berita tentang sebahagian kes ugutan yang bersangkut paut dengan senario politik negara:

* Kisah1: Ketua Pesuruhjaya SPRM

[BERITA HARIAN] 5 Ogos: "Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menerima ancaman bunuh untuk membalas dendam atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, selepas disoal siasat SPRM, baru-baru ini.

Ancaman dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Ahmad Said itu diterima melalui pos oleh pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lalu.

Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Mahad, berkata pengirim surat bukan saja mengancam nyawa Ahmad Said, malah mengaitkan anggota keluarganya serta kakitangan dan pegawai suruhanjaya itu.

"Surat tulisan tangan itu menggunakan bahasa kesat untuk menyuarakan perasaan marah terhadap Ahmad Said, keluarganya dan pegawai SPRM berikutan kematian Teoh. Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam beberapa hari selepas menerima surat berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam suratnya, penulis menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh dan mengugut untuk menembak mereka serta berulang kali memakinya dan menyatakan tidak berpuas hati kerana SPRM kerana tidak bertindak terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) serta MCA dan hanya menyiasat pemimpin DAP...."
* Kisah 2: Presiden MCA
[BERNAMA] 2 Ogos - Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata tindakan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang diterima Ong hanyalah disebabkan Lim tahu dia tidak mempunyai locus standi.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan memberitahu sidang media selepas merasmikan persidangan tahunan MCA Pahang di sini Ahad bahawa beliau berterima kasih di atas keprihatinan Lim itu, namun menyifatkan tindakan itu "sekadar politik" sahaja.

"Terima kasihlah. Tapi yang dia ini dia tahu diri dia tiada locus standi. Walaupun begitu...keprihatinan beliau saya hargai. Tapi tabiat saya biasanya kalaulah saya menghadapi sesuatu yang sebegini, saya akan mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa diwar-warkan," kata Ong.

Isnin lepas Lim membuat laporan polis mengenai ancaman yang diterima Presiden MCA itu di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dan mendakwa Ong tidak berani membuat laporan itu..."
* Kisah 3: Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang
[UTUSAN MALAYSIA] 15 Julai - "Akibat lantang bersuara mengenai isu banglo mewah Ketua Menteri baru-baru ini, Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H'ng Khoon Leng mendakwa menerima surat ugutan bunuh daripada pihak yang tidak dikenali, semalam.
Beliau menerima surat ugutan melalui pos yang ditulis dalam bahasa Mandarin kira-kira pukul 6.30 petang beralamat di ibu pejabat parti berkenaan di Jalan Macalister di sini.
Menurut Khoon Leng, beliau percaya surat ugutan bunuh itu ditujukan kepadanya memandangkan sejak kebelakangan ini beliau beberapa kali mengadakan sidang akhbar berkaitan kontroversi perpindahan Lim Guan Eng ke rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn itu.
"Isi kandungan surat yang mempunyai nama saya itu memberi amaran agar jangan lantang bersuara dan jika gagal berbuat demikian, saya akan menerima balasan kelak.
"Antara ayat di dalamnya ialah 'Jangan buat benda yang tak patut dibuat, Jangan cakap benda yang tak patut dicakap, Hati-hati bencana akan tiba akibat mulut kamu'.
"Disertakan juga di dalamnya, dua tompok dakwat merah yang mungkin simbolik sebagai darah," katanya...."
Kisah 4: KM Pulau Pinang

[MALAYSIA KINI] 25 Ogos - " Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap mereka berdua.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Lim berkata ugutan bunuh itu diterima oleh Ng dalam sepucuk surat yang dihantar ke pejabatnya pada Khamis lalu, sehari selepas beliau berdebat dengan bekas ketua menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Ng yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Komtar berkata beliau membuat laporan mengenai ugutan bunuh itu di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut pagi ini, demikian menurut laporan Bernama.

Katanya surat yang diterimanya itu terdapat beberapa keratan akhbar mengenai kenyataan beliau dan ketua menteri serta sekeping kertas yang bertulis tangan dengan marker pen merah yang tertulis ugutan bunuh...."
* Kisah 5: ADUN BN Terengganu
[MALAYSIA KINI] 14 April - "Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi. Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri, sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said (foto) seperti diura-urakan sejak minggu lalu.

Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS ugutan pada jam 11.20 malam tadi.

Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".

Selain mereka bertiga, turut tidak hadir di sidang DUN pagi ini ialah
Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera)..."
* Kisah 6: Karpal Singh
GEORGETOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh menerima ugutan bunuh dalam bentuk surat berisi dua butir peluru hidup yang dihantar ke alamat rumahnya di 144A, Jalan Utama di sini.

Ugutan itu dipercayai ada kaitan dengan cadangan Karpal yang tidak berpuas hati berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan mahu menyaman Sultan Perak.

Surat tulisan tangan yang memberi amaran supaya Karpal tidak mencabar Raja Melayu, berbunyi:


"Cilaka, ****, anjing. Jgn main2 dengan Raja Melayu kalu tak syg anak bini jgn cr pasal nanti lu satu family gua bakar!!!. Lu punya rumah semua gua tau!! Lu cabar Melayu mati lu satu Family!.

Surat itu lebih menunjukkan ugutan berhubung isu di Perak kerana surat berkenaan dihantar oleh seseorang dari Ipoh, Perak berdasarkan cop setem yang bertarikh 12 Februari 2009.

Karpal mendakwa surat itu dimasukkan dalam sampul surat berwarna coklat bersama dua butir peluru dan diposkan ke alamat rumahnya...." - Sumber di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH